Monday, 25 April 2011

Setinta Bicara

Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum w.b.t.

Setinggi-tinggi rasa kesyukuran saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya terciptalah blog ini bagi memenuhi kandungan subjek major saya iaitu BMM3105 Bahasa Melayu Berbantukan Komputer dengan lancar dan sempurna.

            Melalui penghasilan blog ini, saya telah memperolehi banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat saya manfaatkan dan jadikan panduan untuk memaparkan setiap tugasan mengikut minggu. Saya juga agak kesal kerana kemudahan internet yang disediakan oleh pihak institut sangat tidak memberangsangkan dan menyukarkan saya untuk memuat naik kesemua tugasan mengikut minggu yang telah ditetapkan. Oleh hal yang demikian, saya berusaha sedaya upaya saya untuk mancari jalan penyelesaian bagi masalah ini agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.

            Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada pensyarah saya , Encik Mohd Aris Bin Anis atas segala tunjuk ajar dan bantuan yang tidak pernah putus dari peringkat awal permulaan blog ini sehinggalah ke penghujungnya di samping usaha beliau dalam menyediakan kelengkapan tertentu yang diperlukan untuk menyempurnakan projek ini. 

            Di samping itu, jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, di atas sokongan mereka sama ada dari segi kewangan, tenaga, rujukan, atau sumbangan-sumbangan lain. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalas jasa kalian.

            Secara keseluruhannya, saya berpendapat bahawa tugasan menghasilkan blog seumpama ini sangat menarik serta bermanfaat dan seharusnya diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang. Akhir kata, diharap segala hasil usaha saya ini dapat memuaskan hati semua pihak dan sedikit sebanyak berguna untuk dijadikan rujukan pihak-pihak tertentu. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah S.W.T dan yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

 

No comments:

Post a Comment